MUTIARA CATERING & EVENT by Mutiara Success Sdn Bhd

Wednesday, October 28, 2009

Makanan habis?? (Part II)

Okay.. Sekarang Kita Cerita Bila Makanan Habis.. What To Do..? Eh Dah Habis Katering Balik Lah Kan..?
Haha.. Takdelah Kami Kejam Sampai macam Tu Kan... Ok Ini Prosedur Bila Makanan Dah Nak / Habis...

  1. Kami akan minta tuan rumah melantik seseorang sebagai 'Wakil Tuan Rumah' / Wedding Planner (Jika Anda Direct Dengan Wedding Planner). Ingin saya tekankan di sini.. Sebenarnya.. jika anda salah pilih 'WTR' ni.. macam2 masalah boleh timbul.. Ok,balik kepada cerita.. kami hanya akan berurusan dgn WTR/WP ni. Kami akan buat laporan ttg makanan selang beberapa ketika / ketika makanan dah mula menampakkan 'ketidakcukupannya'..
  2. Ok,let's say makanan dah nak habis.. dan kami dah pun beritahu dgn WTR/WP, itu adalah tugas diorang pula, untuk tentukan apa yang nak dibuat.. kat sini selalunya WTR/WP ni salah langkah. Kenapa? Selalu yang terjadi pada kami, bila kami dah beritahu WTR/WP ttg makanan yang semakin berkurangan, mereka akan hanya mendiamkan diri tanpa berbuat apa2 tindakan lanjutan. Antara jawapan yang selalu kami terima :  "Okay.. Okay.." atau "Cukup tu..Cukup tu..". Kalau dah org yang sepatutnya menjaga majlis dah cakap macam tu nak kami cakap apa lagi kan? HARAP MAKLUM YA... Kami TIDAK AKAN memberitahu tuan rumah hanya bila makanan sudah habis. TIDAK SAMA SEKALI. Kami akan beritahu dari masa ke semasa ttg situasi makanan pada WTR/WP. Selalu sangat kami dipersalahkan bila masalah ni berlaku walhal bukan salah kami.
  3. Apa yang kita boleh buat..? Contoh, jika ayam yang dah nak kurang.. kita boleh 'lari' ke kedai dan beli ayam goreng ke,sebarang lauk lain untuk dijadikan lauk ganti.. atau jika nasi yang dah kurang.. kita boleh masak nasi putih / beli nasi putih di kedai yang berhampiran.. Sbb kami takkan tunggu sehingga makanan habis langsung dan baru nak beritahu pada WTR/WP. Kat sini,untuk selamatkan diri, WTR/WP ni akan beritahu tuan rumah,yang pihak katering tak beritahu pasal makanan dah kurang.. Best kan..? ;p (Ini benar2 berlaku). Sebagai contoh, pada pukul 2pm,staff sudah nampak akan masalah mungkin terjadi (makanan tak cukup), dia akan segera update pada WTR/WP dan beri advice/pendapat ttg apa yang patut dibuat. Terserah pada WTR/WP utk ikut pendapat atau tidak saja. Selain dari itu,kami tidak akan berbuat apa2.
  4. Nasihat / pandangan saya, jika anda buat di rumah, sediakan beras dalam 10 - 20 kg / ayam yang dah siap dipotong dalam 2-3 ekor.. sebagai 'Back-Up' sekiranya nasi / lauk dah nak habis.. Jangan masak dulu.. masak bila wakil kami / WTR agak nasi / lauk agak macam tak mencukupi buat tetamu yang masih ramai lagi datang.. baru kita masak nasi dan goreng ayam.. Kalau nak senang pegi je beli kat kedai.. Cuma terus terang,kos akan bertambah berkali ganda.
  5. Jika anda buat di dewan (kawasan yang jauh dari rumah) , dekat2 majlis.. cari kedai2 makanan yang berdekatan dgn majlis dan cuba tanya mereka sekiranya mereka boleh menjadi back up anda..
  6. Kami juga akan berbincang / bertanya WTR/WP sama ada kami boleh tutup 1 buffet, untuk cover makanan (kalau tak nak tutup kami tak ada masalah, cuma makanan akan nampak kurang di meja buffet) . Dan hanya DENGAN PERSETUJUAN WTR/WP (kami akan assumed mereka dah consult dengan tuan rumah dan tuan rumah setuju) , barulah kami akan tutup satu buffet.
  7. Ada juga sesetengah tuan rumah yang bila makanan dah habis akan keluarkan makanan mereka sendiri (diorang dah ready backup), beritahu pada kami dan kami akan sediakan ruangan bg meletakkan makanan mereka. Cuma yang tak sedapnya bila ada sesetengah tuan rumah suka letakkan makanan semalam sebagai ganti.. Alasan, sayang tak habis.. kami ok je.. cuma kalau dah basi pun nak letak di buffet apa kes..?
  8. Dalam sesi perbincangan akhir,kami akan membantu sedaya upaya untuk memastikan perjalanan majlis berjalan lancar tanpa masalah tidak cukup makanan ini. Jadi bagi pelanggan yang mempunyai bajet yang agak 'ketat' kami akan sarankan untuk mengurangkan / menambahkan hidangan2 tertentu. Contohnya : kurangkan daging dan gantikan dengan nasi/ayam.. Atau lain2.. Atau just membuat tambahan pada hidangan2 tertentu. Contoh : hanyak tambah nasi + ayam (dengan charge yang berpatutan).. Insyallah ok.. 
Harapnya dengan entry kali ini dapat memberikan kita sedikit pelajaran dan pengetahuan.. Entry ini tiada niat untuk memburukkan sesiapa,hanya sebagai teladan buat kita semua.. Cuma sedikit nasihat pada bakal2 pengantin di luar sana.. Dengarlah kata2/nasihat/pendapat vendor2 anda kerana mereka lebih berpengalaman dalam menguruskan majlis perkahwinan anda. Perbincangan amat perlu dan dari situ kita boleh bertukar2 pendapat dan pandangan. Dan jika anda TIDAK mahu mendengar pendapat dan pandangan vendor. Ketika majlis berlakunya masalah yang telah pun diutarakan oleh vendor sewaktu sesi perbincangan,janganlah pula anda terus menyalahkan vendor tanpa mengkaji dulu punca masalah kerana mungkin masalah itu datang dari kedegilan dan 'kebodohsombongan' anda sendiri yang tidak mahu menerima nasihat (maaf kata2 agak keras tapi ini adalah kenyataan)


No comments: