MUTIARA CATERING & EVENT by Mutiara Success Sdn Bhd

Monday, November 30, 2009

Terma Pembayaran

Pada Para Pelanggan Yang Dihormati Sekalian..
Adalah Diharapkan Supaya Para Pelanggan Kami Benar2 Membaca & Memahami Terma (Syarat2) Pembayaran Kami
Bagi Mengelakkan Sebarang Kesulitan di Majlis Anda Kelak..
Kerjasama Anda Amatlah Kami Harapkan..
TQ
- Amy (Mutiara)


Deposit 1 > 10% Dari Jumlah Keseluruhan

( Cash / Online Banking / Bank Draft / Money Order / Cheque )
Deposit 2 > 50 % Dari Baki. Selewatnya Seminggu Sebelum Majlis.
( Cash / Online Banking / Bank Draft / Money Order / Cheque )
Baki Akhir > SELEWAT-LEWATNYA PADA PAGI MAJLIS
( Cash / Bank Draft / Money Order )*Digalakkan Membuat Bank Draft / Money Order Untuk Mengelakkan Sebarang Masalah (Kecurian etc..)


Kenapa saya post terma ini sekali lg..? Baca kisah ini dan semoga jadi pengajaran pada kita semua..

  • Pelanggan ini datang berjumpa dgn saya (ambil test food) di salah sebuah function Mutiara. Dan di situ kami sempat berbincang tentang majlis beliau. Roughly tentang tema,food.
  • Kemudian selepas beberapa hari beliau bersetuju mengambil Mutiara sebagai katerer dan telah membayar deposit.
  • Selang beberapa sesi perbincangan melalui email,beliau datang ke dapur Mutiara di Pinggir Taman Tun bersama ibunya bagi membuat perbincangan lanjut berkenaan majlis.. Di akhir perbincangan beliau bertanya tentang pembayaran selanjutnya dan saya menyatakan tentang baki 50%. *Saya juga ada menyebut jika dia mahu menjelaskan keseluruhan baki pada PAGI majlis beliau saya tak kisah. Dan dia hanya mengangguk. Mungkin tanda faham?
  • Pagi Majlis -> Setelah menyiapkan buffet,pekerja Mutiara telah berjumpa dengan ibu pengantin untuk mengambil wang baki. Namun mulai dari saat itu.. bermacam2 alasan diberikan oleh ibu pengantin. Staf kami akur tetapi mengingatkan sekiranya bayaran tidak dijelaskan selepas pengantin tiba (duit pada tangan pengantin katanya).. dia akan menutup satu meja buffet. Ibu pengantin bersetuju.
  • Setibanya pengantin,staf kami sekali lagi meminta baki bayaran.. Namun apa yang mendukacitakan.. Ibu pengantin meminta staf kami menunggu selepas pengantin bersanding pula. dari bersanding ke majlis makan beradab ke sesi bergambar.. Alasan yang diberikan tetap sama. "Duit pada tangan pengantin.Percayalah kami akan bayar". Tak lupa keluarga pengantin merayu-rayu menyuruh kami tidak menutup buffet seperti perjanjian. (telah kami beritahu dalam almost setiap sesi perbincangan tentang proses ini). Dan kami sebagai orang yang masih punyai hati budi..membiarkan majlis berjalan seperti biasa.
  • Majlis berakhir -> Pendekkan cerita,bila waktunya staf kami AKHIRNYA dapat berjumpa dengan pengantin..lain pula ceritanya..pengantin beritahu yang 'bank draft' masih lagi berada di bank?! Sedangkan ibunya beritahu duit cash yang akan dibayar. Selang berapa minit kemudian,cerita lain pula timbul. Bank draft telah secara 'tidak sengaja' dibawa pulang oleh orang yang sepatutnya memegang bank draft itu.. Herm...
  • Kemudian pengantin menghubungi pihak Mutiara (en Hakimin), dan berjanji akan menjelaskan bayaran keesokkan harinya.. dan beliau akan datang ke dapur Mutiara SEBELUM 12 TENGAH HARI untuk menjelaskan bayaran selebihnya. Sebelum itu beliau sekeluarga telah pun membuat sesi mengumpul wang untuk membuat sedikit pembayaran.
  • Keesokan Harinya -> Sehingga 12tgh tiada siapa yang datang. Dan setelah dihubungi antara alasan yang diberikan 1. Pergi ke bank untuk membatalkan draft (mahu bayar tunai) 2. Menunggu ayah (ingin datang bersama ayah). Selepas 4 petang menunggu.. tiada tanda beliau akan datang kami hubungi beliau semula. Dan bermula dari saat itu,TIADA SIAPA yang menjawab panggilan kami..mahupun sms..
  • Setelah mencuba,akhirnya panggilan kami dijawab oleh ayah pengantin perempuan. Jawapan yang kami terima amatlah menyedihkan. Ayah pengantin perempuan tidak mahu bertanggungjawab mahupun mengambil tahu masalah ini.. Sangat mengecewakan.
  • Kami dapat pula menghubungi ibu pengantin lelaki. Terjadi sedikit pertengkaran antara pihak kami dan ibu pengantin lelaki. Alasan kali ini.. pengantin perempuan masuk hospital. Macam mana tu..? Walhal baru beberapa jam sebelum itu pengantin perempuan dengan sihatnya dapat menjawab panggilan kami..
  • Tiba-tiba pengantin lelaki menelefon. Katanya 'baru dapat number Mutiara'. Alasan kali ni.. bank draft hilang,sedang mencari. Setelah berbincang dengan pengantin lelaki dan ahli keluarga pengantin lelaki, keputusan telah dibuat. Sekiranya kami mahukan wang baki,kami perlu ke kampung pihak lelaki di selatan tanah air..? Dan kami seperti perigi mencari timba, terpaksa menurut..
  • Kesokkan harinya Hakimin pergi ke sana .. dan AKHIRNYA.. mendapatkan bayaran baki majlis.. Berapa..? Rm 8000.
Soalnya sekarang..kenapa pengantin lelaki mahupun perempuan tidak mahu menghubungi kami..mahupun sms sekiranya betul mereka mempunyai masalah..? Kami bukanlah sekejam mana.. Sebaliknya mereka yang kejam kerana melayan kami seperti sampah. Kami seboleh2nya ingin melayan pelanggan sebaik mungkin,tapi bila berlakunya perkara seperti ini,membuatkan kami semakin 'tidak mesra pelanggan' takut perkara seperti ini berulang kembali.. FYI,ini bukanlah pertama kali kami terkena seperti ini.. Tetapi mungkin kerana sikap 'tolak ansur' kami ni yang jadikan kami selalu terkena..
Buat kamu2 yang telah menipu kami, kami doakan kamu berjaya dalam mengharungi kehidupan kamu semua yang pada saya..penuh dengan penipuan..
Buat bakal2 pelanggan kami.. harap kita dapat berurusan dengan jujur pada masa akan datang.


Amy @ Mutiara Services













Dewan Banquet MBSA