MUTIARA CATERING & EVENT by Mutiara Success Sdn Bhd

Sunday, November 18, 2012

Makanan Habis?? Permasalahan & Punca


 Kenapa ini boleh terjadi?
  1. Pelanggan Silap Membuat Kiraan Tetamu. Sebagai Contoh.. Kad yang diedarkan adalah sebanyak 500 keping kad. Pihak kami selalunya akan mencadangkan tempahan dikira mengikut kiraan : Jumlah Kad x 2 + 100  ATAU 50 pax = Jumlah Tempahan
  2. Acapkali juga pelanggan salah budget. Contohnya 1 kad kahwin diberikan untuk 1 department/jabatan. Macam mana nak kira tu..? Jemputan mulut ke mulut juga sebenarnya boleh membawa kepada permasalahan di atas. Seeloknya kami cadangkan jemputan melalui kad. Jika hendak juga membuat jemputan melalui mulut atau 1 kad 1 jabatan, seeloknya buat catatan bagi memudahkan membuat tempahan. Tak lupa juga invite secara laman social. Bloggers yang ramai followers juga.
  3. Kenduri 2 belah pihak / 2-3 pasangan. (Rujuk pada masalah 1+2)
  4. Tetamu makan lebih dari yang sepatutnya. Saya sendiri selalu membuat observation di meja buffet (kalau tak percaya anda boleh cuba.. ;p ) .. ada sesetengah tetamu yang tak segan silu beratur semula di meja buffet dan tambah makanan.. Ada juga yang kadang2 ambil lauk 1 pinggan dan meratah di meja makan.
  5. Juga pelanggan 'terlupa' mengira bilangan tetamu kanak-kanak. Kerana kanak2 juga makan. 
  6. Tetamu yang tak diundang/dikira. Ini selalu terjadi buat pasangan yang salah seorangnya dari negeri jauh.. Manakala kawan2 dari sekitar kawasan pasangan yang 1 lagi.. Lebih2 lagi kalau pasangan berkongsi 1 kad jemputan ( 1 kad 2 belah pihak ).. Akan ada kawan2 yang akan memilih kawasan yang lebih dekat dgn mereka. Sebagai contoh : Si A orang kl, dan si B orang terengganu, dan kawan2 kebanyakannya di kl.. Peratusan kawan2 si B untuk datang ke majlis si A adalah tinggi.. Dan di A pula tak terfikir pun nak mengira tetamu macam ni..
  7. Lokasi majlis. Selalu kami akan ada masalah (tak cukup makanan) di kawasan flat/kawasan awam. Sbb bila kita buat di kawasan sebegini.. Jarang orang akan tunggu jemputan, dan tetap akan turun bila nampak kenduri kendara. Makan free kan.. Tuan rumah tentu takkan nak halau kan.. Tapi tak semua kawasan akan ada masalah tak cukup makanan ni.. sebilangan sahaja... Sbb tu lah agaknya ramai pelanggan saya yang tinggal di kawasan flat (bangunan tinggi) memilih untuk membuat majlis di dewan.
  8. Kenduri pertama / terakhir di dalam keluarga. Lebih2 lagi yang pertama, selalunya tetamu akan 80 -90% datang.
  9. Kesilapan paling besar pelanggan adalah membandingkan DOORGIFT dengan bilangan tetamu yang hadir. Meringkaskannya : 1 tetamu yang hadir = 1 doorgift. TETAPI kita tidak dapat menjamin dia makan untuk 1 pax. Mungkin menambah nasi/lauk. Melalui pemerhatian juga acapkali terjadi di mana tetamu tidak mengambil doorgift dan doorgift diletakkan semua di meja doorgift. 

Ini yang setakat ini saya boleh kongsikan.. kalau ada lagi yang saya tertinggal.. silalah komen dan tambah..

*Posting ini tiada niat untuk memburukkan sesiapa. Cuma sebagai teladan dan pengetahuan untuk kita bersama..

3 comments:

Unknown said...

Salam boleh jelaskan mengenai formula pengiraan tetamu tak, kenapa kene bahagi 50?

Mutiara Services (001629276-W) said...

maaf.. salah faham di situ. bukan bahagi 50,atau 50 yang sebenarnya

Unknown said...

Ohhh ok, terima kasih beri penjelasan....