MUTIARA CATERING & EVENT by Mutiara Success Sdn Bhd

Monday, May 3, 2010

Pada Para Pelanggan Yang Dihormati Sekalian..

Adalah Diharapkan Supaya Para Pelanggan Kami Benar2 Membaca & Memahami Terma (Syarat2) Pembayaran Kami
Bagi Mengelakkan Sebarang Kesulitan di Majlis Anda Kelak..
Kerjasama Anda Amatlah Kami Harapkan..
TQ

- Amy (Mutiara) -


Deposit 1 > 10% Dari Jumlah Keseluruhan

( Cash / Online Banking / Bank Draft / Money Order / Cheque )

Deposit 2 > 50 % Dari Baki. Selewatnya Seminggu Sebelum Majlis.
( Cash / Online Banking / Bank Draft / Money Order / Cheque )

Baki Akhir > PAGI MAJLIS
( Cash / Bank Draft / Money Order )
*Digalakkan Membuat Bank Draft / Money Order Untuk Mengelakkan Sebarang Masalah (Kecurian etc..)


- Please ya.. saya dah penat mulut memberitahu tentang terma pembayaran ni.. masa bincang ok.. faham.. tapi masa pagi majlis tiba2 tak faham pulak.. perkara ni boleh bawak gaduh tau... kalau betul customer dah faham terma ni.. patut faham pembayaran akhir pagi majlis. Walaupun 10% sekalipun jumlah baki akhir anda..Ia tetap BAKI AKHIR..Kan? Macam Andaman,Kebanyakannya Pembayaran Akhir Diselesaikan Selewatnya Selepas Pelamin Siap..Kan?

- Ada Sesetengah Syarikat Katering Mengenakan Syarat Pembayaran Akhir Diselesaikan SEMINGGU Sebelum Majlis..Ada Juga Wedding Planner Yang Payment Due SEBULAN Sebelum Majlis.. Kami - Sehari Sebelum Majlis Atau Selewatnya Sebelum Majlis Bermula (Selepas Meja Buffet Siap Di'Setup')

- Kalau anda takut nak handle duit yang banyak..digalakkan membuat bank draf untuk bayaran akhir majlis. dan bank draf itu seafdalnya diserahkan pada mereka yang ada di majlis anda..bukan pada anda, yang tentunya sangat sibuk pada hari majlis anda.. perlu diberitahu di sini.. pada sesi perbincangan.. kami ada memberitahu ttg bayaran akhir ini dan jika anda berkeras hendak membayar pada akhir majlis.. terdapat 1 borang yang perlu anda isi. Please noted. kami bukan suka2 nak buat syarat ketat ni.. cuma dah selalu terkena.. boleh rujuk di sini Ini antara yang kami terkena.

- Jika terdapat masalah semasa / di majlis anda.. Kita akan berbincang SELEPAS tamat majlis. Dan pada masa itu kita bincang ttg masalah.. Kami takkan lari.. Kami bukanlah malaikat yang tak pernah buat sebarang kesalahan... Tapi bila pelanggan nak soalkan makanan tak cukup walhal order 800 yang datang 1000++.. macam mana kami nak jawab..?

- Dan jangan pula kerana 'bengang' dengan staff kami yang hanya menjalankan tugas meminta bayaran akhir..tiba-tiba kata staff kmi kurang ajar ya..mereka hanya jalankan tugas mereka. Anda harus maklum keadaan itu. Tak bererti kami tidak ada di function anda,anda boleh sesuka hati menukar terma & syarat

- Saya sangat cuba memahami situasi anda sebagai pelanggan / bakal pengantin.. dan saya sangat2 mengharapkan anda faham situasi kami sebagai pembekal makanan majlis anda, yang sudah banyak kali ditipu...

Terima kasih


*Tak Semua Pelanggan Ada Perangai Macam Ni.. Alhamdulillah Hampir Kebanyakan Pelanggan Kami Faham Dengan Keadaan Kami,Juga Terma & Syarat Kami...Dan Kami AMAT Berterima Kasih..Kepada Pelanggan Baru,Anda Mempunyai Pilihan Mengikut Terma Dan Syarat Atau Memilih Untuk Tidak Mengambil Kami Sebagai Katerer Majlis Anda. Semudah Itu.. Setiap Syarikat Mempunyai Terma & Syarat / peraturan Mereka Sendiri,Dan Kami Harap Anda Hormati Terma & Syarat / Peraturan Syarikat Kami.


:: Maklumat Penting ::

Buat Pelanggan Yang Membayar Secara Online/Bank Deposit,Harap Maklum Yang Kami Hanya Akan Mengeluarkan Resit Ketika Perjumpaan Seterusnya. Resit Hanya Dikeluarkan Pada Pelanggan Yang Membuat Bayaran Secara Direct Dengan Wakil Kami. Jadi Anda Ada Dua Pilihan :
  1. Membayar Secara Online Dan Percaya Dengan Kami ATAU
  2. Datang Ke Pejabat Dan Membuat Bayaran Untuk Resit

Harap Maklum
Amy Mutiara




No comments: