Jom Kita baca...
- Pelanggan Silap Membuat Kiraan Tetamu. Sebagai Contoh.. Kad yang diedarkan adalah sebanyak 500 keping kad. Pihak kami selalunya akan mencadangkan tempahan dikira mengikut kiraan : Jumlah Kad x 2 + 100 / 50 pax = Jumlah Tempahan
- Acapkali juga pelanggan salah budget. Contohnya 1 kad kahwin diberikan untuk 1 department/jabatan. Macam mana nak kira tu..? Jemputan mulut ke mulut juga sebenarnya boleh membawa kepada permasalahan di atas. Seeloknya kami cadangkan jemputan melalui kad. Jika hendak juga membuat jemputan melalui mulut atau 1 kad 1 jabatan, seeloknya buat catatan bagi memudahkan membuat tempahan.
- Tetamu makan lebih dari yang sepatutnya. Saya sendiri selalu membuat observation di meja buffet (kalau tak percaya anda boleh cuba.. ;p ) .. ada sesetengah tetamu yang tak segan silu beratur semula di meja buffet dan tambah makanan.. Ada juga yang kadang2 ambil lauk 1 pinggan dan meratah di meja makan..
- Tetamu yang tak diundang/dikira. Ini selalu terjadi buat pasangan yang salah seorangnya dari negeri jauh.. Manakala kawan2 dari sekitar kawasan pasangan yang 1 lagi.. Lebih2 lagi kalau pasangan berkongsi 1 kad jemputan ( 1 kad 2 belah pihak ).. Akan ada kawan2 yang akan memilih kawasan yang lebih dekat dgn mereka. Sebagai contoh : Si A orang kl, dan si B orang terengganu, dan kawan2 kebanyakannya di kl.. Peratusan kawan2 si B untuk datang ke majlis si A adalah tinggi.. Dan di A pula tak terfikir pun nak mengira tetamu macam ni..
- Lokasi majlis. Selalu kami akan ada masalah (tak cukup makanan) di kawasan flat. Sbb bila kita buat di kawasan sebegini.. Jarang orang akan tunggu jemputan, dan tetap akan turun bila nampak kenduri kendara. Makan free kan.. Tuan rumah tentu takkan nak halau kan.. Tapi tak semua kawasan (flat) akan ada masalah tak cukup makanan ni.. sebilangan sahaja... Sbb tu lah agaknya ramai pelanggan saya yang tinggal di kawasan flat (bangunan tinggi) memilih untuk membuat majlis di dewan.
- Kenduri pertama / terakhir di dalam keluarga. Lebih2 lagi yang pertama, selalunya tetamu akan 80 -90% datang.
- Combine Wedding - + Dengan Semua Masalah Di Atas.. Well U all boleh agak kan what will happen..? :)
Ini yang setakat ini saya boleh kongsikan.. kalau ada lagi yang saya tertinggal.. silalah komen dan tambah..
*Posting ini tiada niat untuk memburukkan sesiapa. Cuma sebagai teladan dan pengetahuan untuk kita bersama..
1 comment:
a'kum....sy setuju dengan semua tu....kami penah amik mutiara waktu kakak sulung kawin....mmg makann xcukup tp bukan salah pihak catering....salah kami coz 1st time buat majlis sume org nk dijemput...salah kiraan....u all da bg yg terbaik n best....after this nk pilih u all lagi untuk anak yg seterusnya...
Post a Comment