MUTIARA CATERING & EVENT by Mutiara Services

Wednesday, December 1, 2010

Makanan habis?? (Part II)

Okay.. Sekarang Kita Cerita Bila Makanan Habis.. What To Do..? Eh Dah Habis Katering Balik Lah Kan..?
Haha.. Takdelah Kami Kejam Sampai macam Tu Kan... Ok Ini Prosedur Bila Makanan Dah Nak / Habis...

  1. Kami akan minta tuan rumah melantik seseorang sebagai 'Wakil Tuan Rumah' / Wedding Planner (Jika Anda Direct Dengan Wedding Planner). Ingin saya tekankan di sini.. Sebenarnya.. jika anda salah pilih 'WTR' ni.. macam2 masalah boleh timbul.. Ok,balik kepada cerita.. kami hanya akan berurusan dgn WTR/WP ni. Kami akan buat laporan ttg makanan selang beberapa ketika / ketika makanan dah mula menampakkan 'ketidakcukupannya'..
  2. Ok,let's say makanan dah nak habis.. dan kami dah pun beritahu dgn WTR/WP, itu adalah tugas diorang pula, untuk tentukan apa yang nak dibuat.. kat sini selalunya WTR/WP ni salah langkah. Kenapa? Selalu yang terjadi pada kami, bila kami dah beritahu WTR/WP ttg makanan yang semakin berkurangan, mereka akan hanya mendiamkan diri tanpa berbuat apa2 tindakan lanjutan. Apa yang kita boleh buat..? Contoh, jika ayam yang dah nak kurang.. kita boleh 'lari' ke kedai dan beli ayam goreng ke,sebarang lauk lain untuk dijadikan lauk ganti.. atau jika nasi yang dah kurang.. kita boleh masak nasi putih / beli nasi putih di kedai yang berhampiran.. Sbb kami takkan tunggu sehingga makanan habis langsung dan baru nak beritahu pada WTR/WP. Kat sini,untuk selamatkan diri, WTR/WP ni akan beritahu tuan rumah,yang pihak katering tak beritahu pasal makanan dah kurang.. Best kan..? ;p (Ini benar2 berlaku)
  3. Nasihat / pandangan saya, jika anda buat di rumah, sediakan beras dalam 10 - 20 kg / ayam yang dah siap dipotong dalam 2-3 ekor.. sebagai 'Back-Up' sekiranya nasi / lauk dah nak habis.. Jangan masak dulu.. masak bila wakil kami / WTR agak nasi / lauk agak macam tak mencukupi buat tetamu yang masih ramai lagi datang.. baru kita masak nasi dan goreng ayam.. Kalau nak senang pegi je beli kat kedai..
  4. Jika anda buat di dewan (kawasan yang jauh dari rumah) , dekat2 majlis.. cari2 kedai2 makanan yang berdekatan dgn majlis dan cuba tanya mereka sekiranya mereka boleh menjadi back up anda..
  5. Kami juga akan berbincang / bertanya WTR/WP sama ada kami boleh tutup 1 buffet, untuk cover makanan (kalau tak nak tutup kami tak ada masalah, cuma makanan akan nampak kurang di meja buffet) . Dan hanya DENGAN PERSETUJUAN WTR/WP (kami akan assumed mereka dah consult dengan tuan rumah dan tuan rumah setuju) , barulah kami akan tutup satu buffet.
  6. Ada juga sesetengah tuan rumah yang bila makanan dah habis akan keluarkan makanan mereka sendiri (diorang dah ready backup), beritahu pada kami dan kami akan sediakan ruangan bg meletakkan makanan mereka. Cuma yang tak sedapnya bila ada sesetengah tuan rumah suka letakkan makanan semalam sebagai ganti.. Alasan, sayang tak habis.. kami ok je.. cuma kalau dah basi pun nak letak di buffet apa kes..?
Harapnya dengan entry kali ini dapat memberikan kita sedikit pelajaran dan pengetahuan.. Entry ini tiada niat untuk memburukkan sesiapa,hanya sebagai teladan buat kita semua..
-> Nanti kita akan kupas isu service pula ya..

1 comment:

Anonymous said...

bagus. ada perbincangan permasaalahan & penyelesaianya. sgt membantu untuk org yang msh belum berpengalaman dlm hal2 majlis ni.